Wednesday, May 11, 2011

waras

bila jiwa hilang.. semua kabur..
yang tinggal hanya hati yg tertanya tanya..

mana perginya keyakinan..
mana hilangnya kewarasan


Thursday, October 14, 2010

Saya Budak Baru Belajar

Bagi yang bari berjinak jinak dgn ilmu islam.. atau bagi yg telah pun lama mendalami ilmu islam.. baik dari segi akidah( (tauhid), taswuff(akhlak) atau syariat(fiqh), peganglah 2 perkara dalam mencari dan mendalami ilmu ilmu tersebut : AL Quran dan hadis . Kelak kamu tak akan sesat. Mungkin kamu tidak pandai untuk terus memahami dari 2 perkara ini tanpa berguru..
maka bermulalah mencari ilmu dengan :

1)bergurulah dari org soleh...
2)rujukklah dari ulamak ulamak yang ada..
3)bacalah kitab kitab dari ulamak yg terdahulu
4)dan ikutlah 4mazhab yg telah diktirafkan..( syafie.. etc)
5)carilah riwayat riwayat sahabat nabi dan fahaman ( 3 generasi selepas rasullullah)
6) peganglah hadis sebagai landasan untuk anda berfikir
7) jadikan Al quran sebagai nyawa anda

Setelah anda belajar dan menimba ilmu dari orang2 diatas dan mengikut 7 susunan diatas.. maka sekiranya ada keraguan dan kemusykilan serta perbezaan pendapat atas ilmu ilmu yang anda perolehi..
maka perkara yg wajar anda buat ialah mulakan membuat rujukan dan perbandingan bermula dgn sumber al-quran, kemudian gunakan hadis untuk menyokong pendapat anda. diikuti dengan pendapat pendapat sahabat nabi dan seterus mengikut susunan dibawah ini :

1)dari al quran n
2) hadis
3) fahaman sahabat ( 3 kurun yg gemilang)
4)Ijmak/qias ulamak ( 4 mazhab)
5)ulamak yg terdahulu
6) ulamak zaman skrg yg masih hidup
7) Org soleh ( org yg amalan lebih dari kita).


firman allah adalah benar, hadis yg sahih adalah benar.. kata kata sahabt juga adalah benar... tetapi
kata kata dari 4-7 juga adalah benar cuma masih perlu ditapis dan dibuat perbandingan dgn 3 perkara sebelumnya....

bagi org seperti saya... seharusnya tidak termasuk sama sekali dalam senarai diatas... untuk terus memahami Al-Quran dan hadis tanpa bantuan siapa siapa adalah mustahil.. Maka oleh itu... disinilah ahli ulamak dan kitab kitab lama menjadi rujukan... terlalu banyak kitab kitab dan rujukan.... dan terlalu banyak juga pertentangan antaranya.... Maka jalan yg terbaik adalah kembali merujuk kepada Al quran dan Hadis....itu sebaik baiknya....

Kesimpulannya: dalam proses mencari ilmu/aplikasinya.. haruslah bermula dari yang mudah difahami/mudah dilaksanakan diikuti dengan yang sukar...

Sebaliknya pulak.. dalam proses membuat rujukan/mencari rujukan... mestilah dimulakan dgn yg teratas dahulu ( Al quran dan hadis).... kemudian diikuti dgn yg terbawah ( org2 soleh) - seperti senarai diatas.

Penting sangat dibawah ini :
P/s : Ini kata dari iman syafie "Setiap orang harus bermazhab kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, dan mengikutinya. Apa pun pendapat yang aku katakan atau sesuatu yang aku katakan itu berasal dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tetapi ternyata berlawanan dengan pendapatku, apa yang disabdakan oleh Rasulullah itulah yang menjadi pendapatku"...

dan ini kata Hambali: Janganlah engkau taqlid kepadaku atau kepada Malik, Sayfi'i, Auza'i dan Tsauri, tetapi ambillah dari sumber mereka mengambil.Pada riwayat lain disebutkan: "Janganlah kamu taqlid kepada siapapun mereka dalam urusan agamamu. Apa yang datang dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabatnya, itulah hendaknya yang kamu ambil.
Adapun tentang tabi'in, setiap orang boleh memilihnya (menolak atau menerima)"

Friday, June 25, 2010

Ilmu Islam






Untuk kali ini aku akan menulis tentang ilmu islam.. dan bukan tentang cerita cinta yang selalu aku tuliskan.. kerana dalam pencarian cinta ini aku temui sesuatu yang lebih bermakna...

Rupanya.. sepanjang pencarian cinta... aku telah berjumpa pelbagai perkara... Perkara pertama yang aku jumpa adalah "cinta hakiki"... SUdah ku bilang.. untuk kali ini aku tidak akan berbiacara tentang cinta... tapi kenapa masih lagi membicarakan tentang cinta...Keliru aku setika..

Rupanya kerana kekeliruan tentang cinta dan hidup membawa aku mengenali apa itu tasawuf.. satu cabang ilmu islam yang menarik menurutku... Mempelajari tentang akhlak.. tentang ihsan.......Mengenal sifat sifat terpuji(mahmudah)..sifat sifat tercela (mazmumah)... maaf aku tidak biasa menggunakan terms arab . Dalam mempelajarinya..telah membawa aku mengenal tentang diri aku... tentang kehidupan aku.. ketika itu baru aku menyedari betapa hina dan kerdilnya aku ni.... Bermula dalam mengenal hati yang telah dikecewakan ( jantung kukira lebih tepat digunakan) ... cinta yang hadir tanpa diundang.... cinta yg hilang...aku mecari kekuatan untuk menghilanngkan segala kekecewaan dengan mengenal siapa aku.. apa yang sebenarnya hati aku mahu.. apa yang aku kejar didunia ini dan apa pulak yang aku bekalkan diakhirat kelak.... .. alhamdullillah.... apa yang telah hilang rupanya telah digantikan dengan yg lebih baik....


Dari perjalanan ini.. membawa aku kepada mempelajari ilmu akidah/tauhid... mengenal apa itu tuhan...memahami apa hakikat iman sebenar....Ketika aku asyik mempertikaikan tentang kejadian yg berlaku terhadap aku... menangisi musibah yang melanda aku.... tanpa sedar aku melihat kebenaran kata kata Allah..kebesaran kuasa Allah.. yang selama ini aku merasa segala yang berlaku adalah hasil titik usaha aku... nauzubillah... siapakah aku untuk melawan kuasa Allah.....


Dan kerana ini.. aku mula kembali untuk mempelajari ilmu syariat( fiqh).. mempelajari tentang hukum/hakam dan peraturan dalam islam.. walaupun selama ini aku tahu.. cuma ada banyak benda yang aku kurang praktiskan.. seperti bertudung... .

P/s : masih banyak lagi yang harus aku pelajari....

* Hati = maksud lebih tepat adalah jantung( qalb in arabic & heart in english).



*** Dibawah ini adalah sedikit info mengenal ilmu@ itu)


TIGA SERANGKAI: AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK

Oleh: Ahmad Sufyan Che Abdullah


Dalam sebuah majlis ilmu Rasulullah s.a.w, s
uatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda, "Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman?" Lalu baginda menjawab, "Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan.

Lelaki itu bertanya lagi, "Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam?" Baginda menjawab, "Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan."

Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi, "Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu."

[Potongan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurayrah r.a.]

ASAS AKIDAH

Inilah tiga kerangka asas yang mencirikan Islam. Bermula dengan kepercayaan dan keyakinan yang mendasari hati, kemudian amalan ibadah yang dilakukan dengan lidah dan anggota, lantas diperhalusi dengan penghayatan jiwa dan rohani. Tidak ada sesuatu pun yang boleh berdiri sendiri tanpa yang lain. Iman atau Akidah, tidak akan bernilai tanpa Syariah atau dalam cerita hadis di atas disebut Islam. Syariah yang diamalkan pula tidak akan bernilai, tanpa dihayati dengan penghayatan roh dan jiwa.

Seperti yang disebutkan dalam potongan hadis, Akidah atau Iman itu adalah kepecayaan kepada Allah, para Malaikat, kitab-kitab, para Rasul dan ketentuan-ketentuan Allah. Kepercayaan ini hendaklah atas dasar keyakinan yang teguh, yang mana keyakinan ini akan dizahirkan oleh pengamalan Syariah secara menyeluruh dengan penghayatan pada setiap amalan tersebut.

Dari aspek disiplin ilmu, pengajian Akidah atau biasanya dinamakan sebagai Usuluddin, adalah pengajian yang berkait rapat dengan teologi, pemikiran dan ideologi. Secara disiplin ilmu, kita boleh pecah-pecahkan antara akidah, syariah dan akhlak, tetapi tidak dalam aspek amalan.

Dalam hal akidah, sumbernya ialah al-Quran dan hadis yang mutawatir, ataupun mencapai taraf sahih yang tinggi. Sesetengah ulama' mensyaratkan hanya hadis mutawatir sahaja yang boleh dijadikan asas akidah, kerana perbincangan akidah tidak boleh bersumberkan suatu yang mengandungi unsur zanni atau unsur keraguan. Hanya al-Quran dan hadis mutawatir sahaja yang memberikan ilmu yaqin atau keyakinan yang bersifat qat'i atau keyakinan yang pasti. Hadis yang tidak mutawatir pula tidak boleh dianggap qat'ie, justeru tidak boleh mensabitkan perkara-perkara akidah. Namun begitu, bagi sesetengah sarjana seperti Imam Ahmad, Ibn Hazm, mereka menganggap hadis sahih boleh menjadi asas kepada akidah. Terdapat juga pendapat yang lebih teliti yang menyatakan, hadis sahih boleh menjadi sumber akidah hanya jika adanya sebarang bentuk qarinah atau petanda yang menunjukkan ia adalah sahih bertaraf tinggi (contoh; hadis yang disepakati oleh Bukhari dan Muslim). Pendapat inilah yang biasanya dipakai oleh sarjana kontemporari.

Perbincangan akidah pula biasanya berkisar tentang sifat-sifat dan perbuatan Allah, para malaikat, para nabi dan kitab-kitab terdahulu sebelum al-Quran. Lalu ia berkembang kepada perbandingan antara agama serta pemikiran-pemikiran moden. Sesetengah para ulama turut membangkitkan isu sirah para rasul dan sahabat pada zaman Rasulullah dalam perbincangan akidah. Hal ini kerana banyak sekali sejarah para sahabat, yang kalau tidak dibincangkan dengan teliti akan merosakkan akidah Islam itu sendiri. Contohnya terdapat kepercayaan bahawa sahabat Rasulullah s.a.w telah murtad kecuali beberapa orang seperti Salman al-Farisi, Miqdad dan Abu Dhar. Kepercayaan ini secara tidak langsung menjatuhkan maruah Nabi Muhammad sebagai seorang rasul yang bersifat dengan sifat tabligh iaitu menyampaikan dan mendidik.

Dalam contoh lain, golongan ini juga turut mendakwa bahawa Sayyidina Umar r.a. telah menghalang Rasulullah daripada menulis 'wasiat' tatkala baginda sedang sakit, sehingga selepas itu baginda tidak sempat menulis 'wasiat' tersebut sampai wafat, sekalipun selepas peristiwa itu, baginda masih hidup beberapa hari lagi dan masih sempat pergi ke masjid. 'Wasiat' yang dianggap tidak sempat ditulis oleh golongan ini ialah perlantikan Ali sebagai khalifah dan Imam dua belas. Mereka ini adalah golongan Syiah yang tidak pernah menghormati sahabat sebagai hasil didikan peribadi agung Rasulullah s.a.w.

Atas alasan ini, para ulama turut menganggap perbincangan tentang sirah para sahabat adalah termasuk dalam perkara akidah, yang mana hanya boleh disabitkan oleh hadis yang sahih yang sangat tinggi mutunya. Manakala sekiranya tidak ada hadis yang sahih, maka adalah wajar tidak ditulis sahaja sirah tersebut, lebih-lebih lagi jika sirah tersebut mengandungi sesuatu yang nampak bertentangan dengan sifat para sahabat Rasulullah seperti yang dijelaskan oleh al-Quran sebagai mereka yang telah diredhai oleh Allah.

Perbincangan akidah juga biasanya menyentuh dalil-dalil yang mensabitkan kebenaran akidah Tauhid serta ciri-cirinya, serta pada masa yang sama menolak sebarang bentuk akidah batil yang bertentangan dengan akidah tauhid. Sebab itu dalam lafaz tauhid LA ILAHA ILLALAH itu sendiri mengandungi PENAFIAN YANG BATIL iaitu lafaz LA ILAHA dan PENYABITAN YANG HAK iaitu ILLA LLAH. Dalam sejarah dakwah akidah tauhid, para ulama' bukan sahaja berusaha untuk memperkukuhkan pegangan kepada akidah tauhid yang BENAR, tetapi pada masa yang sama menolak sebarang bentuk akidah yang BATIL, iaitu akidah para ahli bidaah yang telah wujud sejak zaman para sahabat lagi. Antara akidah yang dianggap bidaah ialah Syiah, Khawarij, Qadariah, Jabariah, Muktazilah, Jahmiyyah dan lain-lain ajaran yang sebenarnya mempunyai ciri yang hampir sama; iaitu bersikap melampau dalam menilai sesuatu perkara bahkan dalam banyak situasi, mereka menolak pemakaian hadis. Akidah kita iaitu Ahli Sunnah wal Jamaah, iaitu akidah yang berpegang teguh kepada kitab Allah al-Quran, dan hadis Rasulullah yang sahih (setelah dinilai berasaskan metodologi yang betul).

ASAS SYARIAH

Syariah Islam, kalau mengikut disiplin ilmunya ialah ilmu yang berkaitan dengan amalan zahir manusia. Syariah biasanya perbincangan tentang hukum bagi sesuatu. Hukum pula, seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali, ialah komunikasi Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf. Syariah biasanya dipecah-pecahkan kepada fiqh seperti fiqh ibadat yang membicarakan tentang hukum-hukum ibadat, fiqh muamalat yang mengandungi isu hukum dalam bersosial (selalunya berkaitan dengan harta, kontrak dan urus niaga), fiqh jinayat iaitu undang-undang jenayah seperti hukuman hudud, qisas, takzir dan lain-lain, fiqh ahwal syahsiyah iaitu hukum peribadi serta kekeluargaan, seperti nikah cerai dan sekarang ini ada juga pelbagai jenis fiqh yang dikembangkan seperti fiqh kepenggunaan, yang berkaitan dengan isu pemakaian, pemakanan dan kepenggunaan.

Memahami hukum-hukum atau dinamakan sebagai fiqh ini adalah sangat penting untuk menentukan seseorang itu tidak melakukan sesuatu yang haram, atau tidak mengabaikan sesuatu perkara yang wajib. Hukum-hukum dalam Islam terdiri daripada Wajib (berdosa jika tinggalkan, dapat pahala jika dikerjakan), Sunat (dapat pahala jika dilakukan, tidak berdosa jika tidak dikerjakan, tetapi jika langsung diabaikan boleh membawa kepada keingkaran), Harus (tidak berdosa untuk dilakukan atau ditinggalkan, cuma jika berlebihan dilakukan jadi haram dan jika berlebihan ditinggalkan pun jadi haram), Makruh (kalau dilakukan tidak berdosa, tetapi jika ditinggalkan dapat pahala, tetapi kalau terlalu kerap dilakukan bolleh menjadi dosa), Haram (berdosa jika dilakukan, dan mendapat pahala jika ditinggalkan). Inilah hukum-hukum yang terkandung dalam perbincangan Syariah, yang mana dengan mengetahuhi hal ini menjadikan kehidupan manusia lebih tersusun dan bebas daripada belenggu nafsu serta membawa kepada sistem sosial yang lebih stabil.

Syariah Islam sememangnya satu sahaja. Walau bagaimanapun, dalam konteks hukum terdapat hukum-hukum yang berbeza antara mazhab. Hukum yang berbeza ini sebenarnya hukum-hukum cabang sahaja, yang sengaja dibiarkan berlakunya perbezaan oleh Allah, agar manusia dapat menyesuaikan dengan keperluan mereka. Terdapat pelbagai mazhab yang lahir sejak daripada zaman sahabat lagi, akibat pemahaman yang berbeza terhadap nas, ataupun pendekatan yang berbeza dalam menerima nas. Perbezaan ini sebenarnya bukanlah menjadi isu untuk perpecahan sebaliknya suatu bukti bahawa Islam boleh berkembang mengikut kesesuaian tempat serta bukti kehebatan variasi manusia cipaan Allah.

Selepas zaman tabiin, lahir lebih banyak mazhab namun akhirnya, dikehendaki Allah cuma yang masyhur ialah empat sahaja iaitu Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali. Walaupun begitu, masih ada mazhab lain seperti Zahiri namun pengikutnya adalah terlalu kecil. Dengan perkembangan semasa, mazhab yang empat itu pun sekarang ini sudah digabungkan oleh sarjana moden. Agar hukum sentiasa dapat disesuaikan dengan kehendak dan keperluan semasa. Ini tidak bererti hukum mesti mengikut situasi, tetapi hukum itu mestilah membawa kepada kemaslahatan pada setiap situasi. Jika kemaslahatan tidak berlaku, biasanya hukum yang diamalkan itu tidak sesuai dengan keadaan. Namun, sudah tentu, hukum yang telah jelas dan terang lagi bersuluh dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran atau hadis yang sahih, maka hukum itu tidak lagi boleh berubah. Contohnya solat Maghrib 3 rakaat tidak akan menjadi lima atau satu rakaat. Begitu juga solat Isyak tidak akan menjadi dua kecuali pada situasi yang telah ditetapkan menjadi dua seperti dalam keadaan musafir. Hukum-hukum yang khilaf pula biasanya wujud akibat dalil yang tidak jelas maksudnya, atau mempunyai unsur 'konflik zahir' dengan nas yang lain, atau datang daripada dalil yang tidak pasti kesahihannya seperti hadis yang bersifat Ahad, yang mempunyai kemungkinan ia adalah bukan dalil. Apa pun, situasi sebenarnya telah disengajakan oleh Allah untuk memberi kemudahan kepada kita juga. Oleh itu, tidak perlu lah seseorang itu taksub dalam mengamalkan mazhab mereka, sehingga kadang-kala ia boleh memberi imej buruk kepada agama Islam itu sendiri.

ASAS AKHLAK

Dalam hadis di permulaan tadi terdapat unsur Ihsan; beribadah seolah-olah sedang melihat Allah atau setidak-tidaknya merasai bahawa sedang dilihat oleh Alah. Dengan kata lain, jika sekadar menunaikan Sembahyang untuk melepaskan diri daripada hukum berdosa, seseorang itu tidak lagi sempurna agamanya, tanpa menghayati setiap amalan yang dikerjakan dengan teliti. Beribadah seolah-olah melihat Allah maksudnya benar-benar mengenali Allah dan merasai sedang melihat Allah di hadapan, sekalipun maha suci Allah daripada bertempat. Dengan itu, setiap ibadah dilakukan dengan penuh rasa ketelitian, rasa kehambaan, rasa takut, dan penuh khusyuk. Tidak semata-mata menunaikan aktiviti lisan dan gerak badan sahaja, tetapi hati pun sentiasa peka dengan setiap apa yang dilafazkan dan setiap gerakan yang dilakukan.

Perbincangan ihsan ini juga dinamakan sebagai Akhlak. Kerana ia berkait rapat dengan hati seseorang. Akhlak ialah lahir daripada hati. Jika akhlak lahir daripada akal, maka itu bukanlah sebenar-benar akhlak tetapi ia sekadar hukum akal. Hati yang menzahirkan akhlak. Hati yang merendah kepada Allah akan menjadikan seseorang itu tidak sombong walau diangkat manusia, tidak ego walau diberi darjat oleh Allah. Hati yang khusyuk kepada Allah sentiasa berusaha memelihara amalan kepada Allah. Perbincangan tentang pemurnian hati dan roh ini seterusnya menjadi disiplin ilmu yang dinamakan tasawuf, sekalipun terdapat beberapa pandangan yang menolak terus istilah tasawwuf ini kerana bagi mereka membawa kepada bidaah.

Pelbagai buku-buku yang dikarang oleh para sarjana dalam usaha untuk memberi penekanan kepada pendidikan hati. Contohnya Imam al-Ghazali, sebagai ulama' yang masyhur dalam bidang tasawuf menulis buku Ihya Ulumuddin yang telah menjadi rujukan masyhur dalam bidang tasawuf. Walaupun terdapat kritikan terhadap buku ini kerana menggunakan banyak hadis daif dan ada juga palsu, namun keagungan isinya tidak dapat dinafikan lagi. Jelas, bahawa amalan Syariah, mengetahui hukum hakam sahaja tidak bererti tanpa dihiasi dengan akhlak yang bermula daripada hati. Solat tanpa penghayatan kekhusyukan ibarat melakukan sesuatu dengan sia-sia yang akhirnya boleh menempah keburukan juga. Zikir-zikir yang wujud dalam hadis-hadis Rasulullah dikumpulkan untuk diamalkan secara konsisten, kerana dengan zikir yang konsisten, mudah-mudahan dikurniakan hidayah dan petunjuk oleh Allah untuk hati semakin lama terdidik dengan Syariah yang Allah tetapkan.

Namun terdapat juga golongan yang keterlaluan dalam mengamalkan ilmu akhlak sehingga adakala mereka suka melakukan yang sunat melebihi daripada yang wajib. Mereka amat menyukai zikir-zikir yang diajar oleh guru mereka sehingga menganggap tiada zikir lain yang boleh diamalkan. Mereka juga sanggup bersengkang mata berzikir kepada Allah tetapi meninggalkan solat berjamaah yang lebih utama. Ilmu tasawuf tidak akan bertentangan dengan Syariah. Jika ia bertentangan, maka itu bukan lagi amalan yang benar daripada Islam. Namun tidak semua aliran tasawuf, yang dinamakan sebagai tariqat ini salah dan mengabaikan sunnah Rasulullah s.a.w. Hanya tariqat yang melampau sahaja,atau keterlaluan dalam mempercayai guru, atau terang menerima hadis palsu sebagai panduan atau mengada-ngadakan ibadah yang langsung tidak ada asasnya adalah tariqat yang bidaah. Bidaah inilah yang dikatakan sebagai sesat oleh Rasulullah s.a.w.

Apa pun akhlak yang disuburkan kepada Allah hendaklah disuburkan juga sesama manusia. Hal ini kerana Allah tidak mengganggap orang yang tidak berakhlak dengan manusia sebagai berakhlak dengan Allah. Banyak sekali hadis Rasulullah s.a.w yang menganjurkan supaya seseorang itu menggunakan adab sopan dengan manusia, menjaga hati orang lain dan menjaga maruah mereka.





Monday, June 14, 2010

Kisah Sedih



Sedihkah cerita ini bila cinta pertama terpaksa ditinggalkan kerana hanya mahu menjadi ‘hamba’ yang taat pada suruhan’Nya’…

Sedihkan cerita ini bila cinta pandang pertama tidak boleh menjadi miliknya… hanya kerana hati itu telah dimiliki oleh orang lain.. walaupun keduanya tahu.. hati mereka berdua sepatutnya bersama dan bersatu.. namun atas dasar tanggungjawab .. atas dasar keikhlasan.. cinta itu terpaksa dilepaskan….

Sedih kah cerita ini bila dlm mencari cinta dia menjumpainya hanya untuk separuh jalan…. CUma kali ini.. cinta yang dijumpai…tidaklah sekuat mana.. cukup untuk mengisi ruang yang kosong yang ada…

Sedihkan cerita ini bila sekali lagi dia berjumpa dengan cinta namun akhirnya dia ditipu oleh cinta itu..walau pada mulanya.. kejujuran yang dia lihat..

Sedihkan cerita ini dalam semua kejadian ini… akhirnya dia menjumpai cinta hakiki…yang tidak perlukan pengorbanan yang besar.. hanya keiklasan dalam berbuat sesuatu..

Namun dalam keiklasan itu juga… dalam menunjukan cinta hakiki kepada ‘yang mencintainya’… telah disalah tafsir dan dianggap derhaka…

Kisah pertama

Cerita tentang ‘cinta bukan pandang pertama’… tetapi kisah yang bermula dengan cinta yg hadir atas dasar persefahaman antara dua pihak…. Atas dasar dua hati yang mengerti betapa peritnya kehidupan didunia kisah tentang dua hati yang berkongsi segala pengalaman hidup yang ada…..Cerita ini terlalu indah.. sehingga tidak ada yg buruk dalam cerita ini

Namun ianya terpaksa dilepaskan kerana tuntutan kepada yg Maha Esa .. kerana takutnya kemungkaran yg akan berlaku…

Kisah Kedua

Cerita tentang cinta pandang pertama yang tidak dapat dimiliki hanya kerana cintai tu telah dimiliki oleh orang lain… cinta yang lahir dalam hati yang tidak dinyatakan dengan zahir…

Cinta yang hanya berkongsi segala rasa antara dua hati hanya dengan pandangan mata dan kata kata …. Namun cinta ini terlalu kuat… cukup kuat sehingga boleh mengorbankan cinta itu sendiri atas rasa tanggungjawab …

Kisah Ketiga

Cinta yg hanya mengisi kekosongan… namun.. kerana cinta ini juga .. membawa dia ke destinasi yang seterusnya.. destinasi yang sepatutnya dituju dari dulu lagi…. Cinta hakiki…

KIsah keempat

Cerita tentang cinta yang dimulakan dengan niat yang baik.. Cuma telah terbabas dari landasan yg sepatutnya… dan mereka cuba kembali ke landasan yang sebenar.. namun dalam percubaan kembali ke landasan yang betul .. cinta itu telah diuji.. diuji dengan penipuan yang berlaku penipuan yang dilakukan oleh dia terhadap aku…. Diuji dengan sejarah cinta yang terdahulu.. bila dia dikhianati… diuji dengan segala kata kata orang sekeliling dan juga duiji dengan segala rasa yang dia ada .. tentang masa depan yg tidak pasti.. ‘tentang kelemahan’ yg dirasakan terlalu perit untuk ditanggung bersama aku..

Dan yang pasti.. cinta ini dikorban atas sebab tidak mahu aku terus dianiaya walau hakikatnya aku telah dan masih dianiaya..

Kisah Kelima

KIsah cinta yang kuanggap sepatutnya tidak dpt diukur atau dibalas dengan apa sekalipun.. namun tanggapan ku salah kerana.. cinta ini seharusnya kubayar dengan wang ringgit.. Aku cuba tunjukkan dia cinta hakiki… cinta yg sebenar.. . namun kederhakaan telah ku lakukan..

Jika dengan menunjukan cinta hakiki dianggap derhaka ,maka jalan manakah harus kutempuh… ??

P/s : Aku bukanlah sedang dilamun cinta, bukan juga sedang mengejar cinta. Aku juga bukanlah dikejar cinta, tapi mungkin lebih tepat kalau aku kata aku ini telah ditinggalkan cinta. (kata kata dr ghazz)

Friday, May 14, 2010

::HATI::

Ini hati manuasia
Buka boleh diambil mudah…

Kata rakan..
Hati ni mcm kereta.. bila accident..org yg melanngar akan meminta maaf.. dan biasanya akam membyar ganti rugi atas kerosakan yg berlaku..

Tapi perlu diingat ini hati manusia..
Kalau maaf itu dapat membaiki segala kerosakan.. akan kuterima ia dgn ikhlas tanpa sebarang bicara..
Kalau penyesalan itu dapat menampal segala kecacatan.. akan kugunakan ia tanpa sebarang rungutan..

Tapi ini hati manusia.. . ini hati aku..
Dgn maaf sahaja.. hati ini tak mungkin sembuh dgn sendirinya..
Dgn penyesalan sahaja.. hati ini tak mungkin cantik balik…

Dan atas kerana itu..
aku layak mendapat lebih dari maaf….
Aku wajar untuk mendapatkan lebih dari penyesalan…

Bukan berdendam.,, Bukan membenci..
Tapi meminta tanggungjawab..

Kerana setiap yg berlaku kita sebagai manusia kena bertanggungjawab atas segala perbuatan..


P/s: Forgiveness is never easy. Bitterness is easy, Hatred is easy. But forgiveness, that is a tough one. Sometimes people say things they don't mean or do things they can't take back. Sometimes we do things we can't take back.

Monday, December 21, 2009

Time Heal the Broken Heart..






There is a time when you think you cant survive and yet you still breathe and fighting to have an happy ending at the end of your day or atleast you know that you are still there seeing the happiness from the others..


And there is a time when you feel despair and try to move on and yet you still hold on to the moments where you think it can heal your broken heart but it is actually make you more suffer.


Time is moving even we are not,but eventually we will changes whether we like it or not.. we will try to adapt and adjust ourselves to the new environment or to the new circle of time,and when the time comes, you will know that you are ready to put behind and to let go all the moment which made you “unmoved” for all this time before..


And as for me.. I just pray for my happiness.. hope the day will come soon,and I know I’m almost there

Tuesday, July 07, 2009

LOST

Standing At the Edge of the Earth


I knew that this moment would come in time
That I'd have to let go and watch you fly
I know you're coming back so why am I dying inside
Are you searching for words that you can't find
Trying to hide your emotions but eyes don't lie
Guess there's no easy way to say goodbye
So I'll be standing at the edge of the earth
Hoping that someday you'll come back again
I'll be standing at the edge of the earth hoping for someday
Don't misunderstand what I'm trying to say
I don't want to let you leave this way
I want you to know that I stand right by your side
And I know this may be
The very last time that we see each other cry
But whatever happens know that I'll....
I'll be standing at the edge of the earth
Hoping that one day you'll come back again
I'll be standing at the edge of the earth hoping that someday
You'll come back to me
I'll be praying for whatever it's worth
Believing that one day you'll come back again
I'll be standing at the edge of the earth
Hoping for someday
And I know this may be
The very last time that we see each other cry
But whatever happens know that I'll....
I'll be standing at the edge of the earth
Hoping that one day you'll come back again
I'll be standing at the edge of the earth hoping that someday
You'll come back to me
I'll be praying for whatever it's worth
Believing that one day you'll come back again
I'll be standing at the edge of the earth
Hoping for someday
Waiting for someday Believing in someday
Praying for someday, I'll be....
Longing for someday Clinging to someday
Cherishing someday, I'll be....
Thinking of someday Dreaming of someday
Wishing for someday, I'll be....
Living for someday Counting on someday
Knowing that one day....
I will see you


Missing You




I wish this could be
a happy song
But my happiness disappeared
the moment you were gone
Don't think I ever believed that
this day would come
Now all I'm feeling
is lost and numb

And ohhh I know I promised
Mmmm that I would try

But I, yes I, miss you
and it's killing inside

I'll always be thankful
for the time we had
We were blessed
I should celebrate
but I feel too sad
All the wonderful memories
just make me fall apart
And it feels like somebody's
stabbed me in my heart

And ohhh I know I promised
Mmmm that I wouldn't cry

But I, yes I, miss you
and it's killing inside
Ooh well I, yes I, miss you
want you by my side

Walking, holding hands
Talking, making plans
Touching my heart my soul

I wish this could be
a happy song
But my happiness disappeared
the moment you were gone
Tell me it's not happening
Say it's not as it seems
Tell me that I'm gonna wake up
It's just a bad dream
Please tell me that it's fiction
Tell me it's just a lie
Whatever you choose to tell me
Please say he didn't die

And I, yes I, miss you
and it's killing inside
Ooh well I, yes I, miss you
want you by my side
Ooh well I, miss you
want you by my side
Back here by my side
Here by my side

BY Jem