Friday, September 29, 2006

Hati Aku


Semalam aku betul betul sedih, marah, kecewa dgn diri aku sendiri... aku kalah dengan keadaan.. keadaan dimana aku tidak berjaya mengawal emosi aku untuk berasa sedih dan marah... aku menangis... Aku sedih kerana hati aku ini cukup pedih untuk terima segala kemungkinan yang akan berlaku... salahkan aku untuk meminta orang yang aku sayangi untuk menjaga perasaan aku... itu sahaja... bukan duitnya.. bukan masanya.. dan bukan juga hatinya...sekiranya dia tidak dapat memberi hatinya sepenuhnya kepada aku....cukup sekiranya dia hanya dapat menjaga perasaanku..hatiku...

Am i too demanding??

I knew i'm not perfect for him.. same goes to him...i used to be someone who want somebody who is perfect externally and internally..form top to toes.. from the way he walks.. talks.. dress up and even his thought..all thats were important to me...but not anymore..why??.. because of love..people say love is blind... and its true..love made me blind to all those things that i had ever dream before... first and formost now.... i just need someone who is honest to me and to himself as well..

Aku rasa kerana cinta persepsi aku telah berubah... daripada seseorang yang terlalu ego untuk menerima insan lain.. kepada seseorang yang lebih bersyukur dengan apa yang diberi...cinta banyak mengajar aku erti sabar( bertolak ansur)....memberi tanpa meminta... ( aku gelarnya ikhlas)..tetapi adakah ini semua bererti jika ia nya tidak dihargai...dihargai dengan cara aku (supaya aku lebih merasa perasaan dihargai itu).. bukan dengan caranya...aku betul betul letih semalam...Mungkin kerana hatinya bukan untuk aku sepenuhnya... menyebabkan dia tidak endah dengan hati aku.. tidak rasa bersalah dengan apa yang telah dia buat...aku cuba memujuk hati aku sendiri kerana aku tahu hanya aku sahaja yang boleh memujuk aku dan juga DIa yang maha Esa.. aku tahu DIa banyak menjaga aku... memujuk aku untuk berhadapan dengan segala masalah yang diberiNya...walaupun kadangkala aku lupa kepadaNYa...hanya kepadaNYa aku mengadu...supaya memberi kekuatan.. memberi kasih sayangNya.. melimpahkan cintaNYa kepada aku.. supaya aku tidak leka.. tidak lupa kewajipan aku.. sesungguhnya.. itu yang aku perlukan...

DIa menciptakan hawa untuk menemani Adam... supaya Adam tidak kesepian.. sehingga Adam kalah dengan Hawa sekaligus mereka telah dikeluarkan( terlalu kasar untuk menggunakan perkataan halau) dari syurga ke dunia ini.....Aku pula tidak mahu menjadi hawa yang kalah dengan nafsu..aku mencintainya dengan ikhlas.. aku mencintainya dengan jujur..memberi sepenuh hatiku kepadanya walaupun aku tahu hatinya tidak sepenuhnya milikku..tetapi aku tidak kisah..kerana yang penting adalah keikhlasanku.. tetapi tidak ikhlaskah aku sekiranya aku hanya meminta dia untuk lebih menghargai.. lebih dijaga perasaan dan hati ini.. ??

P/s : Lagu ini adalah apa yang aku rasakan

http://www.fileden.com/files/2006/6/13/65360/Samsons%20-%20Bukan%20diriku.mp3


Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu


Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu

Maafkanlah aku
Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku
Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku

~Bukan Diriku by Samsons
~

0 comments: