
Ini adalah sambungan dari cerita Hari Semalam ...4hb 8 adalah hari paling bahagia... kerana aku telah dilamar untuk bercinta oleh dia..Setelah 7 tahun berkenalan.. akhirnya hari keramat itu muncul jua... walaupun tidak pernah terdetik dihati ini untuk bercinta dengannya.. Mungkin kamu semua sudah tahu bahawa dia adalah lebih muda dari aku..Awal perhubungan kami adalah dia sebagai junior aku didalam "rotu"...Bagi yang tidak tahu apa itu 'Rotu'... ia adalah short form dari Reserved Officer Training Unit..aka Palapes....salah satu ko kurikulum di universiti..tetapi memerlukan seseorang itu menghadiri segala jenis kursus dan latihan yang telah ditetapkan selama 3 tahun......Antara banyak -banyak senior ladies... aku yang paling selalu mengusik dia kerana dia adalah seorang yang pemalu...amat pemalu.. dan aku juga sememang jatuh hati dengan senyuman dia bila dia hanya tersenyum ketika aku mengusik dia..Dari situ kami menjadi rapat...kerana sememangnya sifat semulajadi aku yang suka mendengar cerita dan masalah orang disekeliling aku...Biasanya aku akan menghampiri seseorang apabila aku melihat seseorang itu suka bersendirian.. dan begitu juga dengan dia.. Kami menjadi rapat kerana aku mendekati dia sebagai seorang kakak yang mendengar cerita tentang keluarganya.. kehidupan keluarga dia yang susah.....kebencian pada ayahnya yang selalu memukulnya... kehilangan ayahnya... kemelut hidupnya di kampung... segala gala dicurahnya kepada aku..... dan sejujurnya aku memang cepat tersentuh dengan cerita cerita sedih...Bermula dari situlah.. aku menjadi pendengar yang setia dan penasihatnya...Dipendekkan cerita.. walaupun kami rapat.. ..tetapi kami tidaklah seakrab mana..untuk keluar bersama memang tidak pernah... masa kami bersama hanyalah semasa 'latihan' Rotu tetapi kami masih bercerita... maksud aku dia masih bercerita tentang dia... dan aku memanglah pendengar yang setia ... malah bukan untuk dia sahaja... untuk kawan kawanku yang lain juga sehingga aku digelar pakar phsycology....Mungkin itu kelebihan aku untuk mendengar dan memberi pendapat...
Berbalik pada cerita dia...Bila dia berjumpa cinta pertamanya... iaitu junior aku juga..dia meminta pendapat aku... aku cuma menasihati tentang tujuan dia bercinta... tujuan dia disini... supaya dia lebih berhati hati dalam percintaan.. supaya dia tidak hanyut dibuai perasaan cinta itu... tambahan pula cintanya itu datang dari 'kelas' orang yang berbeza dengannya...Percaya atau tidak pada masa itu.. aku tidak pernah merasa apa nikmat cinta sebenar... tidak tahu apa itu merindui.... dirindui... menjaga.. dan dijaga...kerana pada aku... semua hubungan yang ada adalah kawan...tanpa pengalaman cinta... aku masih mampu menasihati dan memberi pendapat kepada orang yang sedang bercinta.... dan aku akui... kelebihan aku itu yang pandai berbicara tentang hidup dan masa depan... kerana saat itu....aku hidup dengan 'kekuatan' aku sendiri.. hanya berbekalkan doa dan keredhaan dari Ibubapa..dan ditambah dengan pengalaman pengalaman cinta oleh kawan kawanku yang lain..Dan ianya menjadi pedoman hidup aku juga...Dan untuk dia sekali sekala,,,,,aku selalu memberi kata kata semangat dikala dia sedih....kerana masa untuk aku dan dia bersama adlaha terhad... aku sibik dengan 'study' dan juga 'life enjoy' aku sebagai student.... begitu juga dia...sibuk dengan cinta dia... walaupun begitu kami masih terserempak sesekali sekala dan berborak... Memang dia dan pasangannya adalah sepadan.... memang aku selalu mendoakan supaya dikekal dia bersama pasangannya.. aku suka sangat melihat mereka bersama..tetapi sayang.. hubungan mereka selama 4 tahun itu akhirnya tamat .....Aku terkilan kerana aku tidak ada bersama dia saat dia memerlukan aku.... kerana kesibukan aku dengan dunia aku sendiri... masih ingat dengan 8 sahabat aku yang aku cerita dalam 'hari semalam'.....Sejak perpisahan itu... yang aku dengar dari kawan kawan palapes aku dan juga dari X dia sendiri...adalah yang negatif sahaja... cara dia melayan x dia.. memukul dan macam lagi... Walaupun begitu aku masih tidak salahkan dia 100% kerana aku tahu kenapa dia bersifat demikian....Seorang yang mempunyai kehidupan silamnya yang suram... selalu dipukul oleh ayahnya..dihina oleh orang kampung kerana mempunyai ayah yg dianggap 'hina' oleh orang kampung....dan setelah pemergian ayahnya....ibunya pula berkhawin lain.... disini apa yang aku boleh katakan dia seorang yang memerlukan perhatian yang banyak kerana kekurangan kasih sayang dari keluarganya..dan satu perkara yang paling aku fahami ialah... kekadang orang lain sengaja menimbulkan kemarahan dia kerana mereka tahu dia seorang yang cepat beremosi... dan itu yang berlaku terhadap hubungan dia ... cinta dia...
Setelah perpisahan itu.. apa yang aku tahu.. dia menjalinkan hubungan dengan kerap... silih berganti... dan sayang... aku sekali lagi tidak dapat menolong dia... aku biarkan dia hidup dengan dunia itu...kerana aku juga mempunya dunia aku... tetapi bukan dunia cinta.... sehinggalah aku dan dia menjadi rapat kembali...akan kusambung cerita ini...
4 comments:
berikan setulus perhatian pd nya...kasih syg sahaja yg bisa membentu..aku sudah puny apengalaman dlm hal ini...dn jauhkan dia dr rasa tergugat..kerna itu bisa membuat dia merasa sbg insan hina...
hulurkan tgnmu...dn jgn pernah tarik tgn itu semula..percayalah kak..
Salam buat Yani...
Ader samb. ker? mmm da syiok membaca...cam citer dlm novel jer..ader talent jadik penulis novela nie...ehe...ok truskan penulisan Yani.
p/s: Salam pkenalan Yani - CP
:D
Hi Gurl...
Salam from us
ROTU?
I guess u were in UiTM at that time. Maybe.
hmm...
But u don't have to tell us K? Keep the secret. I luv to play this game. ppl dunno who we are and what we do in real life.
As a girl u luv the boy who younger than u? But for me (or majority of us here) we prefer a guy yang older than us.
But WE DO RESPECT your life, your feeling and your judgement.
I love your story. It's kinda novel to me. Keep up writing OK?
PPl will love u..
regards.
pawana/cekpas - thanks krn sudi membaca... tapi secara sypnosis ye.. tentang saya dan dia dah ada.. dcuba baca entry entry yg dulu.. dan anda akan tahu pengakhiran cerita saya dia dia... cuma apa yg sy tulis dan akan tulis adalah untuk mengenang balik apa yg telah berlaku...
pawana - akak tgh baca cerita awk..blum abis lagi.. banyak bersabar ye..
laugh -Uitm???ROTU is not only at uITM but yaaa. u'r rite......pls do read my previous entry..about me.. u'll know how can i 'stuck' into this relationship..
P/s : love is blind.. u'll get the most you hate...but u'll try to adapt with those kind situation... sound desparate... ??heheh i used to be someone who was selfish...arrogant to man.. to ppl who in the relationship which always make them weak..and depend to their partner...not that i was jealous coz i didnt have one... i'll write about my feeling... nanti la...tunggu yee.....
Post a Comment