Aku nak sambung apa yang telah aku tinggalkan dalam Hari Semalam II....Kini aku kembali rapat dengan dia dan aku rasa kali ini kami menjadi lebih rapat.. entah macam ianya bermula... ..yang aku ingat aku berjumpanya semula semasa aku dan kawan kawan palapesku bersama sama memulakan perjalanan ke Johor... ke salah satu perkawinan budak palapes aku....jadi kami dijemput untuk menghadirinya.. dan sesetengah dari mereka diperlukan dalam majlis itu untuk membuat 'sword bearer'...( jalan bawah pedang).Sebelum perjalanan itu.. aku berbual dengan kawan kawanku... yang telah lama aku tak jumpa semenjak tamat belajar...termasuk dia...pertama kali bertentang mata dengan dia semula seperti merasakan ada sesuatu dari dia kerana seperti biasa aku akan mengusik dan berjenaka dengan dia...aku lihat dia masih seperti dulu... malu malu dengan aku... dan masih menghormati aku sebagai seorang kakak dan senior barangkali... dan sememang aku suka dengan sikapnya... kami bergerak dengan dua kereta... aku dan dia berada didalam dua kereta berasingan...
Dipendekkan cerita.. selama dua hari dijohor... kurasakan seperti ada special chemistry dengan dia... tapi aku cuba mentidakkannya.... entah kenapa aku senang dengan sikap mesranya dia terhadap aku... dan seperti aku dilayan istimewa... sehingga kami 'digossipkan' seperti pasangan sedang bercinta... seperti biasa aku hanya mengganggapnya lawak jenaka sahaja... dan seboleh boleh aku cuba mengawal keaadan supaya aku tidak kalah dengan emosi aku dan juga keadaan sekeliling...kembalinya aku dari johor... aku dan dia telah bertukar tukar no telefon... dan dari situ lah... hubungan kami bertambah mesra.. oh ya.. sebelum itu... semasa sedang kami bertukar tukar no telefon.. .. terdengar kawan aku bersuara.. menyuruh aku berhati hati dengan dia kerana dia cuba nak menawan hati aku...cuba menyakin aku yang dia ini adalah buaya besar.... tersenyum aku... begitu juga dengan dia..tapi senyummya lagi melirik.. kerana aku tengok dia mula tersipu sipu dan mukanya bertukar merah.... sebagai senior... aku tidak mahu dia dimalukan dengan 'statement itu'.. kerana kutahu emosinya cepat terganggu.. dalam keadaan begitu sempat lagi aku berlawak untuk menghilang perassan segannya...tergelak semua orang disitu bila aku katakan yang aku tak kisah bercinta dengan yang muda.... "boleh dibela"...hahahahah.. itu memang lawak aku dari dulu untuk dia....
Setelah peristiwa itu.. kemesraan kami bertambah erat...kami sering berkirim sms.. dan menelefon... tambahan pula ada lagi majlis perkawinan tentera yang kami semua perlu hadiri lagi... dan kali ini dia telah ditugaskan untuk menjadi 'organizer' rombongan...Kali ini aku tahu.. ada sesuatu yang menghairankan... dia mula menunjukkan cemburu bila aku mula kurang mengfocuskan dia semasa majlis perkawinan itu... maklumlah.. bila berjumpa kawan kawan yang lain .. tambahan pula berjumpa pasangan aku yang selalu digossipkan semasa dalam latihan rotu...... riuh rendah jadinya majlis.. apatah lagi selepas majlis itu....lagi gamat.... kulihat dia menunjukkan sikap kurang senang dia... gelisahnya dia bila aku bersama orang lain....tapi aku membuang perasaan prasangka itu kerana.. pada aku itu hanyalah perasaan aku semata mata... mana mungkin dia cemburu bila aku didampingi oleh lelaki lain.. sedangkan dia sendiri telah mempunyai 'seseorang'...dan siapa dia untuk cemburu.... dia bukkannya kekasih aku ketika itu...Tapi naluri aku mengatakan kuat yang dia marah kepada aku .. dan tepat sekali.. bila pegawai aku bersuara pasal layanan aku yang lebih kepada orang lain.. dan bukan kepada dia...
Musykil aku sekejap... dengan peryataan Pegawai aku itu.. dan aku tahu dia memang rapat dengan pegawai yang aku sebut itu ( biar aku panggil J disini)...mungkihkah dia bercerita sesuatu tentang perasaan dia kepada J??.. Terdetik hati aku bertanya...Arggg.. pedulikan..
Tiada siapa berhak cemburu .. dengan siapa aku berdamping.. dengan siapa aku bergurau senda.. itu hak aku.. kerana aku tidak terikat dengan sesiapa pun..Tetapi yang pasti hatiku ini telah dicuri oleh dia.. cuma dia tidak menyedarinya... bukan niat aku untuk membuat dia cemburu .. apa yang aku lakukan hanya ingin membuang perasaan aku terhadap dia...yang sememangnya hati dia telah awal dimiliki oleh orang lain.... clueless!! what is this!!..
P/s : AKu cuba mengingat memori lama...
0 comments:
Post a Comment