Makin lama... perlahan lahan aku kehilangan mereka satu persatu...Aku mula menyibukkan diriku dengan hobi aku... berenang... shopping... aka membuang masa dengan kerja tak berfaedah.. hanya sesekali sempat aku dan mereka bersama melepak di mamak ...Bersembang cerita cerita lama... jenaka yang mengenakan orang... rindu aku dengan semua itu.. tapi aku tahu... kita tak boleh hidup dengan kenangan.Ada juga mereka menyatakan yang mereka takut kalau suatu hari nanti kalau aku bercinta... takut aku bercinta dengan orang yang tak sepatutnya... Jujur aku katakan kan disini... kerana mereka....aku amat mengambil langkah berhati hati dalam bercinta... dan mecari berbagai alasan untuk tidak bercinta... bukannya aku tidak mahu... cuma perasaan takut dikecewakan dan takut dipermainkan itu terlalu menebal... dan jalan yang paling selamat adalah... berkawan sahaja dengan semua lelaki yang cuba mendampingi aku...Sukar bagi aku untuk membenarkan lelaki masuk dalam hatiku ini...ketidakpercayaan terhadap perasaan lelaki itu terlalu tinggi....dan pemilihan dalam mencari cinta aku itu terlalu kompleks...sehingga suatu hari bila lelaki yang ku kenal selama 7 tahun di universiti yang ku anggap adik telah meluahkan perasaannya kepada aku.. walaupun pada mulanya aku ragu menerimanya.. namun setelah menurut rasa hatiku...aku membuka ruang kepada dia dan kepada diriku yang sebenarnya untuk hidup dalam dunia cinta..aku tidak mahu lagi mencari pelbagai alasan untuk tidak bercinta dan sememangnya akan aku jumpa pelbagai alasan itu......kerana pada aku cinta adalah sesuatu yang suci.. bukan hanya untuk berseronok...dari dulu aku telah tekadkan dihatiku.. cinta padaku adalah tanggungjawab... pada diri sendiri, pada orang yang dicintai dan pada semua orang yang berada disekeliling kita .Khalil Gibran ada mengatakan 'Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama.Dan penantian kita tidaklah sia-sia.Walaupun menunggu memerlukan banyak hal-Iman , keberanian , dan pengharapan.'.... dan aku takut bila aku bercinta.. akan hilang keberanian... hilang 'independent' aku ....dan yang paling aku takuti ialah apabila hal -iman itu tidak kujaga.....dan aku tahu jika cinta suci itu anugerah Illahi, takkan mendorong manusia ke lembah hina selagi kita membatasinya." Banyak benda yang aku belajar... gembira... sedih... pengorbanan....Dia banyak mengajar aku erti sabar.. erti menerima kekurangan orang walaupun hakikatnya ku lihat dia tidak seperti itu....'Ketika cinta memanggilmu maka dekatilah dia walau jalannya terjal berliku, jika cinta memelukmu maka dakaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu.... dan itu yang aku rasa....bukan semua perkara indah dalam bercinta.. apabila cinta ini pula melibatkan 3 pihak.... yang terluka adalah dua pihak yang mengetahui kebenaran dan kejujuran cinta.... tetapi bagaimanakah pula dengan pihak ketiga??Adakah dia tidak terluka kerana tidak mengetahui kebenaran itu... atau dia akan lebih terluka......Yang pasti cinta aku ini menuntut pengorbanan yang tinggi.Bersediakah aku untuk menerima segala kemungkinan kelak??Yang pasti akan kujaga cintaku ini hingga ke akhirnya walau nikmatnya hanya sekejap kurasa....ku pegang kata kata hikmah Gusti Putri Retno Dumillah aka PGL... "kuhinakan diriku untuk menempuh cinta sejati.. meski sekilas kurasakan namun menjadi bekal hingga ke akhir zaman"....
Ini adalah puisi yang menjadi thema lagu untuk blog aku...."kita begitu berbeza dalam semua... kecuali dalam cinta"
akhirnya semua akan tiba pada suatu hari yg biasa
pada suatu ketika yg telah lama kita ketahui
apakah kau masih sambut dahulu memintaku minum susu
sambil membenarkan letak leher kemejaku
kabut tipis pun turun pelan-pelan di lembah kasih
lembah bandalawangi
kau dan aku tegak berdiri melihat hutan" yg menjadi suram
meresapi belaian angin yg menjadi dingin
apakah kau masih membelaiku semesra dahulu
ketika kudepak, kau dekaplah lebih mesra lebih dekat
apakau kau masih akan berkata
kudengar dekap jantungmukita begitu berbeda dalam semua
kecuali dalam cinta
P/s :bila kita jatuh cinta, kita telah memberi hak kepada dia untuk melukakan kita.....
24 comments:
kerna hak itu la...luka yg ditinggalkan terlalu dalam...
a'kum...
waah... yanni.. sampai hati berkata begitu pada diriku dalam Blog saudari Mazween atau Laugh.
Mentang - mentang aku sudah tidak diberi kelonggaran untuk menjawab semula tuduhan saudari mazween itu di dalam blognya.
Bila aku cuba tulis sahaja, terus di delete comment aku. Kasihan aku.
Sudah acapkali, berhari-hari aku cuba namun belum berhasil. Sampai hati Mazween. Tidak tahu bagaimana untuk menyatakan pendapat aku tentang hujah dia supaya orang lain pun turut berkongsi bersama.
Adakah kamu berdua ini sudah berpakat untuk memboikot aku yang baik ini? Kasihan aku.
Kamu mengenali mereka ?
Satu saja pesanku kepada kamu, jangan terus menyokong wanita seperti mereka-mereka itu.
Aku tidak berkata mereka jahil cuma aku hanya berkata mereka cuma kurang belajar. itu sahaja.
Mereka masih berpotensi untuk belajar.
Mereka tidak seperti kita. Mereka itu ku kira kacukan. Lebih orang-putih daripada orang-melayu, walaupun mereka cuba berbaik-baik dengan kita.
Bukannya apa aku takut diri adik-adik aku sekalian terikut-ikut dengan mereka. itu sahaja.
he..he..he..
Ku kira mereka juga singa-wanita
he..he..he..
Sudah baca ker belum jawapan aku dalam comment entrymu sebelum ini?
he..he..he..
Yang aku hairannya bagaimana SAUDARA DINGIN boleh terlepas dari tapisan itu sedangkan DINGIN DAN AKU AMAT SEPENDAPAT.
he..he..he..
itu yang masih menjadi tandatanya.
utk warnasari - dan luka itulah juga buat kamu kuatkan??!!
elhakim - lo... ku kira firaun tidak tewas dgn sindiran..kau terlalu cepat melatah...mudah membuat kesimpulan..sabar.. nanti ku kupas ya. didlm etry aku..mungkin ko dgn dingin mempunya persamaan pendapat.. tetapi dingin lebih menggunakan approach 'dinginnya'... berbeza dengan ko menggunakan dengan cara yang 'panas'..maap elhakim.. aku hanya cuba menyedarkan engkau dgn kata kata 'panasku'... supaya engkau berfikir sebelum engkau membuat tafsiran terhadap org lain...
P/s : ku rasa dingin lebih menjaga 'adab' semasa dia menulis...
Yanni,
pertanyaanku di sini...
Mana satu pilihanmu..
Untuk menyokong aku (100% Melayu)
atau
Mazween (30%-40% Melayu)
Aku mahu dengar pendapat orang Melayu seperti kamu sendiri.
aik.. aku tidak perlu membuat pilihan... kedua duanya tidak mendatang faedah pada aku... aku hanya berpihak pada siapa yg kukira benar dgn hujah hujahnya..
P/s:aku lebih suka islam dari melayu...bukan warna kulit jadi ukuran...
oklah..
aku cuma mahu menguji kamu.
Oklah.. bagus..
jwp kamu itu betul
he..he..
elhakim-aku yang diuji atau kamu yang tercabar dgn aku
P/s :pesan org tua.. terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata...menyebabkan ko menagih maaf dari org..yg pasti aku tak mahu jadi penagih terutamanya jadi penagih dadah..
laa...bukan kt aku.. kat mazween...menagih maap..hahaha menagih simpati supaya komen tidak didelete....hahaha
P/s : layan je....
yer la tu...
aku bukan nak minta maaf kat dia actually.
aku nak mintak dia supaya jangan delete komen aku...
ha..ha.ha..
elhakim - kalau itu la tujuan ko... so aku tak bleh ckp apa apa... suatu hari nanti org mungkin takkan percaya ko dah.. sebab ko mempermainkan org...
mungkin itu adalah 'adab' ko kot...
hehe...
"bila emosi mengusai diri maka kata2 yg lunak akan terkeluar secara sepontan, dan mungkin ini dinamakan kejujuran"
*********
yani, awak minat kompolan dewa ya??
mma- aku melayan semua lagu.. akan kuhayati lirik dan melodinya... kalau sedap padaku..maka aku akan minatnya...aku diperkenalkan oleh dewa lebih 10 thn dulu oleh sahabatku...sehingga saat ini ... aku masih setia dgn mereka lagi..
hobi kamu berenang?
wow,
dengan memberitahu hobimu, kamu udah membenarkan aku berimaginasi
ehehe
hahaaha ..silakan.. guys mmg suka berimaginasi..
P/s : aku berenang di kwsn tertutup.. dan juga menutup diriku juga...
org yg berenang ,
selalunya,
punyai bentuk tubuh yg cantik
ehehehe
aku tidak pandai berenanng
ehehe
eh dingin pun ada di sini?
Yanni...
thanx for ur comment in my blog..
wow...look what we have here...
elhakim was here....
You guys, talking about me? :)))
So...what's the conclusion?
cakap la kat kiter...
kiter tak marah punyer..
:)))
oppss.. I just go through ur conversation...
ada perkataan
1. kacukan
2. orang putih.
3. singa wanita
whoaa..elhakim...what is this.?
play harsh? Cari gaduh ker?
wah... keturunan saya dan cerita dulu-dulu pun nak masuk perbincangan jugak ker???
I am very sorry. Those three words are nothing to do with me.
both my father and mother are malays. cuma moyang saya saja european.
kiter raser awak dah salah fahamni...
so kacukan tiada kena-mengena dengan kitaorang since kiter jugak Malay.
kiterorang ingat awak yang kurang belajar.
sian awak.
wah...ku kira di sini sudah jadi debat perdana...alhakim dgn teorinya yang pelbagai...dingin dgn imaginasi....hmmm...
Mazween,
tiada apa2 lagi yang harus diperkatakan.
sesungguhnya wanita itu
TERLALU SUKA "BESARKAN" SESUATU YANG "KECIL" PADA MULANYA.
Itu sahaja.
Close case (Yani Said)
he..he.he.
oh ya.. satu lagi...
Apa-apapun perdebatan kita Mazween, anggap saja aku, Elhakim berada di pihak yang betul...
he..he.he..
... dan kita juga harus dan sudah bersedia menerima risiko untuk setiap apa yg melanda..
p/s - seperti apa yg sdg terjadi di sini. hehe..
Post a Comment