Thursday, November 23, 2006

Kiriman Rindu

Saat aku cuba melelapkan mataku semalam, fikiran aku melayang ke atas rezeki yg Allah berikan padaku.sesungguhnya aku tidak pernah puas dengan apa yang diberiNya.Manusia memang begitu bisikku.Tapi kali ini aku harus bersyukur. Mendapatkan apa yang telah diimpikan.Walaupun bukan semuanya menjadi kenyataan...

Sejenak aku terfikirkan kamu...Shah..perasaan rindu kembali menjenguk aku.. tapi kali ini ianya datang dengan lebih tenang...kubuka hadiah yang pernah kau berikan padaku...hadiah harijadiku.. walaupun tidak bernilai dengan wang ringgit.. tetapi terlalu bernilai padaku..mungkin kerana ianya dari kamu... mungkin juga kerana aku tidak pernah mendapat hadiah dari kekasih hati..selama 28tahun aku hidup...pertama kali aku dihadiah sesuatu daripada yang tersayang...ku baca apa yang kau tulis.. for my one love.. Y & S..Setitik airmata ini jatuh... dan ianya semakin laju...tapi kali ini airmata kesyukuran... kerana tuhan telah makbulkan doa aku selama ini.... untuk berasa nikmat cinta sebenar...nikmat menyayangi..disayangi.. dibelai...erti pengorbanan.....selama 28 tahun aku di dunia ini.. saat aku bersama kamu.. adalah saat yang paling bahagia.. walaupun saat itu juga saat yang paling pedih... kau ajar aku kedua duanya serentak...tidak pernah ada penyesalan dalam bercinta dengan kamu...dan hingga saat ini...tidak pernah aku menyesal.. walaupun kita tidak bersama lagi....walaupun dari awal ku tahu yang akan banyak derita dari bahagia bila membenarkan kau hadir dalam hatiku... tetapi aku tahu.. itu adalah pengorbanan yang harus aku bayar....derita yang hadir.. tidak sama dengan keiklasan yang kau berikan padaku....

Cuma penyesalan yang ada adalah apabila aku tidak cukup kuat untuk menahan segala dugaan dan godaan dalam percintaan..Dugaan dan godaan yang membuat hidup aku tidak tenang dan kusut sepanjang bersama kamu...Dugaan memikirkan masalah masalah yang timbul antara aku dan engkau...engkau dan dia... perasaan "insecure" yang selalu kurasai... ...perasaan "kurang selamat" yang hadir kerana sejarah hidup kau ... masalah hidup kau ... masalah kau dan dia....yang menyebabkan aku berfikir banyak..... sehingga aku resah dan gelisah......tanpa kusedari aku menjadi seorang yang terdesak... dan mendesak......maafkan aku shah....godaan antara lelaki dan perempuan yang cuba kutepis.......sehingga menjadi aku bersalah keatas diriku......

Ya allah.. kerana doa aku..kau anugerahkan nikmat cinta ini.... dan kerana doa aku juga kau mengambilnya semula demi untuk tidak melekakan aku dengan nikmat itu...

.Seharusnya aku bersyukur kerana tidak sesaatpun Engkau melupakan aku..ku pohon ampun Tuhankku.. kerana telah tergelincir sedikit dalam percintaan yang kamu berikan.... Demi untuk tidak tergelincir dengan lebih jauh... aku redha dengan perpisahan ini... Namun kuharap perpisahan ini bukanlah untuk selamanya...Ya Allah ku pohon restuMu...kembalikan dia kepada aku jika dia adalah 'hak' aku yang telah engkau janjikan...tetapi jika sebaliknya...maka kupohon Engkau lepaskan dia dari hatiku ini....Takut aku membayangkan masa hadapan apabila aku akan bersama 'hak' aku yang sebenar tetapi masih membayangi dia....Ya Allah kau lindungilah aku dari perasaan 'curang' itu.

Tuhan...saat ini aku betul betul sepi..rindukan dia seorang insan yang bernama Shah... tetapi hati ini akan lebih sepi jika Engkau membiarkan aku sendiri.. walaupun kutahu Engkau tidak pernah buat begitu...Tuhan.. engkau berikan aku bahagia... Dan aku ingin berkongsi kebahagian itu dengan kawan kawanku disini.... warnasari,azim..nyzra... walau aku tidak mengenali mereka... tetapi aku mahu mereka juga berbahagia.. seperti aku....walaupun hakikatnya hati mereka pedih..

Dan untuk kamu Shah...maafkan aku sayang.. kerana tidak dapat menjaga hubungan ini dengan baik...kerana aku sendiri kalah dengan dugaan dan godaan itu.. takkan aku cemari cinta aku ini dengan cinta dunia.. kerana pada aku cinta adalah anugerah besar yang pernah aku dapat dari tuhan....Seandainya perpisahan ini adalah yang terbaik untuk kita bersama... maka ku harap kau jagalah dirimu... jagalah cinta kamu... janganlah kamu mencarinya dengan cara yang tidak sepatutnya... seperti kata yang pernah aku dengar..

P/s : cinta aku dan kamu seharusnya membawa kepada cinta yang Agung...lagu dibawah ini adalah tentang perasaan aku terhadap kamu Shah..





http://www.fileden.com/files/2006/6/13/65360/Acha%20Septriasa%20-%20Sampai%20Menutup%20Mata(1).mp3

embun di pagi buta
menebarkan bau basah
detik demi detik ku hitung
inikah saat ku pergi

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

aku tak mudah untuk mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta

senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta, sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata
cintaku sampai ku menutup mata

2 comments:

elhakim said...

lerr....
cakap tentera... tapi...
he..he..he..

Yani said...

allo elhakim..sila baca dengan teliti..unutk mengetahu kesahihan cerita..

P/s : heheh.. melayu mudah melatah..bertindak sebelum berfikir..