Thursday, November 16, 2006

Tentang aku (Reality vs Virtual)



Disini...
Cerita aku tentang perasaan aku..cinta aku... rasa aku..
Kisah aku tentang hidup aku.... senyum aku... duka aku...
Mimpi aku tentang kebahagian aku... harapan aku... doa aku....

Di dalam..
Kelemahan... aku tonjolkan...
kekurangan...aku pamerkan..
kesalahan... aku akui...
kekecewaan... aku hadapi..
Kerana disini.. adalah jeritan batinku...
aku berteriak untuk kepuasan diri aku...

Disana...
Cerita aku tentang dunia...tentang orang lain... tentang masyarakat...
Kisah aku tentang kerja aku... 'rezeki' aku...landasan hidup aku...
Mimpi aku tentang cita cita aku... 'tujuan aku'.. ..masa depan aku..

Diluar...
Kekuatan.. aku tunjukkan..
Kelebihan... aku 'gunakan'..
kebenaran.. aku tegakkan...
kegembiraan.. aku utamakan...

Kerana disana hakikat hidupku...
Aku berusaha untuk kepuasan dunia.. bersama yang lain

Hadirnya yang lain disini..
tidak kujemput... tidak ku usir...
Hanya sebahagian cerita untuk dinikmati bersama..

Wujudnya kamu diluar..
bukan kehendak diriku...
Namun ianya perlu...
Menjadi sebahagian hakikat hidup....

P/s : hahaha tetiba dapat idea buat puisi... hasil elhakim punya entry..
Ini adalah dunia aku... dicipta untuk kepuasan aku.. bukan kepuasan bersama....
Buat dingin ~ cerita kamu banyak membantu aku...

7 comments:

Anonymous said...

i love this (tentang aku), why dont u buat pula "tentang dia" - princezzmea

Pawana Malam.. said...

kak yani..
entah kenapa...
sy rase cetusan perasaan kite sering sama...
dn bagai ada chemistry di dunia maya ini...
membaca bait2 itu ibrat membaca tutur kata hati ku sendiri..ehheheh....
but anyway...
sy doakan kak yani sentiasa tenang dlm hidup

Yanni said...

mea - 'tentang dia'..kena tunggu idea dtg.. yg ini pun tercipta hasil drpd cetusan entry elhakim .. saje nak bantai dia balik...

pawana malam - terima kasih...k.yani pn hrp wak pun sama berbahagia sentiasa

elhakim said...

mmmmm.. sedeynya cerita...

aku mahu buka crita percintaan aku disini, harap sudikanlah dengar.

aku telah jatuh cinta sejak aku PRA-TADIKA lagi (4 tahun setengah).. masa tu awek aku namanya Tuti dan Nenny. Kami berpisah setelah bertukar tadika.

lepas tu masa aku darjah 2 aku jatuh cinta lagi. Kali ini dengan I. Suryani. percintaan kami tidak panjang kerana ibuku ditukarkan ke tanjong malim. aku terpaksa ikut.

ditanjong Malim. aku jatuh cinta lagi setelah rakan2 aku kenenkan aku dengan seorang budak darjah empat kelas sebelah. Nama awek yg aku syok itu adalah Norashikin. Aku sangat suka akan awek ini sebab badannya langsing dan mukanya putih comel. Percintaan kami juga tidak lama kerana ibuku bertukar semula ker KL.

Masuk ke peringkat sekolah secondary, aku bersara sebentar dalam dunia percintaan. w/p aku syok kat sorang budak tu dlm diam2 nama dia fatimawati. tetapi norazah ambik alihlah pulak fatimawati tu. percintaan tidak lama sbb nak amek SPM.

Masuk ke universiti....aku tersyok-sendiri pulak dgn sorang budak nama dia liza (lebih kurang camtu la..) tapi x jadi sbb aku anggap dia mati. Begitulah sebaliknya dia pun anggap aku mati juga.

-----DELETE---------

Kalau nak dikira dengan jari...aku telah tersyok lebih daripada 40 orang aweks dalam dunia ni tidak termasuk CT-Nurhaliza-tajalla.

Yang aku peliknya ko tu baru sorang.. tapi jiwang lebey-lebey pulak... kah..kah..kah..kah..kah..


NOTA KAKI.
=========
1. maaf aku x boley abiskan cerita sebab ada orang DELETE comment aku.

2. aku bercinta tapi x pernah dating. Juga x pernah bercakap sesama sendiri. cuma terhangguk-hangguk saja tanda faham-faham.

Yanni said...

woi... pakcik elhakim... itu puisi utk ko laa... sebab ko asyik tanya pasal tiada persoalan yg mencabar.. so itu jawpannya...

P/s : ko ni kecik kecik dah gatal!!! mak bapa bersusah payah kerja..nak beli susu ko... beli mkn ko... ko plak senang senang nak bermadu asmara...aku lain la... aku cinta dgn guna duit aku... tu yg terasa ni... kuakauakaak... ko guna duit mak bapa ko.... !!!

CekPas said...

Luper nk btau...nice blog la Yani, masuk jer tenang dgr puisi tu...ermmm...Suke la ttg aku...

nk komen sket,

Pawana - persamaan prasaan sesama wanita...ehe...akak pon dpt rasekan :D

Princezzmea - Kalo Yani da buat "tentang dia"...ehe great ide...jom kita bg dia smangat mea :D

bro.hakim - amboi3x kecik2 da gatai yer...apela pokcik nie...bercinta x bole disamakan dgn syok sndiri...bercinta tu gabungan 2 perasaan dari dua jiwa yg mengharapkan kasih sayang antara 1 sama lain...kes pokcik nie...kes org sakit perasaan+sakit jiwa la nie.

Yani - Maaf ek...CP seronok rasenya nk respon kt sumer org dlm nie...bole yer Yani?

:D

Yani said...

cekpass - . silakan.. aku mengalu alukan komen engkAU juga.. disini adlaha ruang untuk berkongsi idea